Kami telah menerbitkan atlas yang komprehensif dan berdasarkan bukti untuk menganggarkan usia berdasarkan perkembangan gigi dan erupsi alveolar untuk individu dalam tempoh usia 28 minggu in utero hingga 23 tahun; menggunakan satu siri gambarajah yang mewakili satu jaringan atau lanjutan usia perkembangan tanpa jarak atau tindanan 1.
Data perkembangan gigi diperolehi dari pemeriksaan 72 rangka prenatal dan 104 rangka post natal yang diketahui umur pada masa kematian, dan merupakan sebahagian dari koleksi Royal College of Surgeons Of England dan Natural History Museum, London UK (L 91, P72, Jantina tidak diketahui 13) 2,3. Data juga diperolehi dari koleksi radiograf individu yang masih hidup (L264,P264) 4. Fasa median bagi perkembangan dan erupsi gigi bagi semua kategori umur telah digunakan untuk menerbitkan atlas ini. Perkembangan gigi ditentukan berdasarkan ,Moorrees, Fanning dan Hunt 5,6 dan erupsi dinilai berdasarkan perbandingan dengan paras tulang alveolar 7,8. Persetujuan antara pemeriksa adalah 0.85 apabila dikira menggunakan Kappa untuk 755 gigi (65 individu).
Gambarajah telah digunakan untuk mewakili perkembangan gigi mengikut bulan dalam trimester terakhir kandungan, mengikut dua minggu sekitar akhir kandungan (40 minggu) dan kelahiran, mengikut suku tahun bagi perkembangan tahun pertama kehidupan dan mengikut tahun selepas tahun pertama.
Atlas ini boleh dimuat turun dan digunakan bagi tujuan pengajaran atau pembelajaran persendirian.
Perisian interaktif elektronik kini boleh didapati secara percuma.
Muat turun Atlas Gigi versi PDF [PDF 2,235KB]
Dr. Budi Aslinie Md. SabriEmail: asliniesabri@yahoo.com
Dr. Sakher Jaber AlQahtani: PhD studentEmail: asakher@ksu.edu.sa
Dr. Helen Liversidge, PhD supervisorEmail: h.m.liversidge@qmul.ac.uk
Prof. Mark Hector: PhD supervisorEmail: m.p.hector@dundee.ac.uk
© Nombor pendaftaran Hak cipta: VAu000979741